
gambar hiasan
Pada bulan Disember tahun yang lepas, 2009, saya memberi seorang penyelidik alat Ihtazzat Strap-On untuk beliau mengkajinya. Cik HZW ingin mengkaji kesan alat Ihtazzat Strap-On ke atas bacaan alat Pulse Oximeter pada beberapa individu dalam beberapa keadaan berlainan. Pada masa yang sama, Cik HZW juga mempunyai masalah kesihatan iaitu beliau mengalami senggugut sejak kitaran pertamanya dan beliau juga mempunyai masalah migrain. Ops, sebelum anda bertanya, saya ingin memberitahu lebih awal bahawa gambar di sebelah bukanlah Cik HZWN. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada Cik HZMN agar menyelam sambil minum air. Bukan berenang, tetapi saya mengesyorkan kepada Cik HZWN agar sambil membuat kajiannya, beliau menggunakannya sendiri untuk mengatasi masalah kesihatan beliau.
Sepertimana yang saya syorkan kepada pemilik-pemilik Ihtazzat Strap-On yang lain, saya amat mengesyorkan agar alat ini dipasang pada badan, samada lilitkan pada lengan agar kesemua darah yang mengalir dalam tubuh diaktifkan, atau boleh juga berbaring di atasnya setelah membentangkannya di atas tilam beralas selimut atau cadar. Pada peringkat awal, Cik HZWN memakainya pada lengan setiap hari dan setelah memberi maklumbalas tentang reaksinya, beliau baring di atasnya sepertimana yang saya sarankan. Cik HZWN kemudian memberitahu saya bahawa beliau tidur sepanjang malam dengan alat Ihtazzat Strap-On setiap malam sehinggalah beliau memulangkannya pada awal bulan April.
Hasil daripada soal selidik daripada Cik HZWN adalah senggugutnya tidak datang sepertimana biasa dan migrain beliau telah berkurangan. Sebulan lebih setelah Cik HZWN memulangkan Ihtazzat Strap-On kepada saya, senggugut beliau masih tiada walaupun sudah tidak menggunakan alat tersebut! Namun beliau mengatakan migrainnya kembali setelah tidak menggunakan Ihtazzat Strap-On. Cik HZWN berazam untuk memiliki Ihtazzat Strap-On selepas beliau sudah bekerja dan memiliki pendapatan tetap. InsyaALLAH!
