
gambar hiasan
Dalam usaha mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah kesihatan, saya berpendapat tiada istilah kaedah tunggal. Ikhtiarkanlah pelbagai cara pasti akan ketemu jua penyelesaiannya. Namun, mestilah diterap dengan kemas dalam jiwa, bukanlah kaedah yang menyembuhkan, tetapi ALLAH jua yang menyembuhkan. Hati mestilah berhajat dengan ALLAH untuk penyembuhan dan disusuli dengan usaha sebagai jalan menuju penyelesaian. Itulah adab kita sebagai hamba ALLAH. Saya ada anak kembar dan kembar pertamanya adalah perempuan. Dalam sebulan yang lepas, kulitnya semakin teruk jadinya akibat digaru dengan kerap. Tindakan garunya meninggalkan kesan parut bergaris halus di dada dan belakang badannya. Melihat kepada keadaan itu, saya minta isteri menyedia satu bekas air dan juga straw minuman. Saya minta anak untuk tiup ke dalam air tersebut. Tak susah sebab memang kanak-kanak suka tiup bubble dalam air. Air tersebut dimasukkan ke dalam botol lain 3/4 penuh dan dihentakkan dengan kuat atas meja dengan beralaskan majalah tebal. Ini adalah untuk mengaktifkan air tersebut dengan nafas individu yang bermasalah tersebut. Air itu, saya minta isteri sapukan air tersebut pada tubuh anak pada kawasan yang selalu digarunya.
Pada keesokkan harinya, anak saya itu sudah tidak lagi garu badannya dan pada hari kedua parut pada badannya sudah tidak ada kesan parut lagi. MasyaALLAH. Kaedah ini dinamakan Terapi Ihtazzat Breath-On, di mana penawarnya diperolehi daripada nafas pesakit sendiri. Namun saya tidak syorkan untuk minum air ini, hanya digunakan untuk di”spray” atau disapukan pada kulit sahaja. Bagi pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tidak selesai bolehlah ikhtiar dengan cara ini, sapukan setiap hari dan kongsikan pengalaman anda dengan kami!