Setakat ini, Ihtazzat Strap-On sudah digunakan dua kali untuk kes Gegata atau Kelopak Garam ni. Kebiasaannya, pesakit ini akan mengalami penyakit ini 5 hingga 7 hari. Ia akan merebak seluruh badan, dan biasanya satu badan akan disapu dengan Calamine Lotion supaya rasa sejuk dan tahan rasa gatal. Menurutnya, keadaannya akan bertambah teruk apabila kulitnya digaru dan masalah besarnya dia memang terasa sangat nak garu, dan ini akan memburukkan lagi keadaannya.
Melihat keadaannya, Ihtazzat Strap-On dililitkan di lengannya dan suis dihidupkan dan cahaya biru menyala menandakan alat tersebut sedang berfungsi. Selepas 10 minit, bajunya dibuka dan Ihtazzat Strap-On dibentangkan di belakang badannya selama 20 minit. Selepas selesai, saya mintanya berehat dulu dan kembali selepas satu jam. Seperti yang dilihat pada gambar tersebut, begitulah perubahan Gegata @ Kelopak Garam selepas dipakaikan dengan Ihtazzat Strap-On. Tidak perlu saya nyatakan, anda sendiri lihat bagaimana ianya surut dengan mendadak sekali. Menurutnya, selepas terapi tersebut, dia tidak rasa gatal sepertimana biasa yang selalu dialaminya. Ini adalah kali kedua dia menggunakan Ihtazzat Strap-On ini untuk menyelesaikan masalah yang sama. Berbanding dengan dahulu dia mengharungi rasa gatal dan pedih berhari-hari, kini masalahnya selesai dalam satu jam sahaja. Alhamdulillah, ramai yang memperolehi manfaat daripada Ihtazzat Strap-On. Semuanya atas izin Allah jua.

