Kajian Pembangunan Mesin Ihtazzat: Sharp Cut-Off Bandpass Optical Glass Filter
Akhirnya setelah mencari segenap dunia, jumpa juga saya akan pembekal Optical Glass Filter. Dengan menggabungkan komponen ini ke dalam mesin analisis Ihtazzat, ia akan membantu membezakan sampel air liur daripada individu yang sihat dan individu-individu yang mempunyai pelbagai masalah penyakit. Pada peringkat awal kajian mesin Ihtazzat, saya telah berjumpa dengan kajian yang menemukan fenomena di mana hasil daripada ujikaji yang dilakukan, ia menunjukkan bahawa setiap benda hidup mengeluarkan cahayanya sendiri. Saya tidak maksudkan serangga kelip-kelip itu tetapi yang dimaksudkan adalah semua makhluk yang hidup daripada manusia, haiwan hinggalah kepada tumbuhan. Menarik kan! Itulah yang menjadi asas kepada pembangunan alat dan mesin terapi Ihtazzat maka fenomona ini boleh diukur secara fizikal dan ianya boleh juga dimanipulasi untuk tujuan kajian terapi dan rawatan komplementari (bukan untuk mengganti mana-mana kaeadah lain tetapi bagi melengkapkan mana-mana elemen yang tidak diberi perhatian).
Tujuan pengguna penapis optik ini adalah untuk mengasingkan pancaran gelombang cahaya daripada sampel hidup kepada elemen-elemen cahaya asas. Setelah itu, elemen-elemen cahaya asas ini boleh lah dicartakan bagi mendapatkan profil khusus daripada sampel yang sedang dianalisis. Daripada analisis inilah, mesin terapi Ihtazzat akan ditala menggunakan tombol-tombolnya supaya elemen cahaya sintetik yang akan diformulakan digunakan untuk dijadikan bahan terapi kepada individu. Walaupun komponen analisa ini masih dalam pembangunan, namun mesin terapi Ihtazzat sudah pun berfungsi untuk menerima gelombang cahaya halus daripada sampel individu dan dijadikan penawar untuknya.
Di sebelah adalah profil panjang gelombang yang mempunyai takat rendah pada 435nm. Penapis optik ini akan menapis pancaran cahaya sampel yang rendah daripada panjang gelombang 435nm dan melepaskan komponen yang lebih panjang daripadanya. Beberapa penapis optik ini akan disusun secara berjujukan agar akhirnya, pancaran cahaya sampel dapat diasingkan dan dicartakan bagi menghasilkan profil air liur tersebut. SubhaALLAH! Ini adalah antara perkara yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi Dia mengurniakan ilham kepada manusia agar dapat melihat juga dengan kaedah-kaedah yang tertentu. AlhamduliLLAH!
















Leave your response!
You must be logged in to post a comment.