Home » Featured

Membongkar Rahsia – Badan Menjana Bio-elektrik

Sebaran Bio-elektrik bermula daripada jantung

Terlalu banyak rahsia tubuh manusia untuk manusia itu sendiri terokai. Walaupun begitu, ulama-ulama silam serta orang-orang yang dikehendaki ALLAH telah dan ada yang dikurnia akan ilmu rahsia tubuh manusia ini. Dengan ilmu-ilmu sebegini, banyak masalah tubuh manusia boleh diselesaikan. Malah dengan ilmu ini juga, yang banyak diperolehi dalam bentuk kesufian, mampu mengoptimakan prestasi tubuh manusia itu sendiri dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan ALLAH kepada manusia, sebagai khalifah di dunia ini. Namun begitu, perkara yang saya hendak kongsikan di sini adalah lebih bersifat saintifik yang mana ianya dapat diukur dengan peralatan yang bersesuaian.

Daripada pemerhatian, sejak era tahun 1800-an, didapati terdapat aliran elektrik yang tersebar di seluruh tubuh manusia. Bio-elektrik jantung yang mendominasi bermula daripada dada dan seterusnya tersebar hingga ke mana-mana hujung tubuh seperti kepala, kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki. Dengan perkembangan kajian ini yang melangkaui abad demi abad, tenaga bio-elektrik ini didapati boleh menjadi satu parameter atau penunjuk aras kesihatan seseorang individu tersebut. Diagnosis ini dikenali umum sebagai elektrokardiogram atau EKG. Dengan diagnosis ini, banyak penyakit dapat dikaitkan dengan pelbagai sifat-sifat bio-elektrik ini. Namun, tiadalah satu kata penentu yang dapat mengesahkan sesuatu penyakit 100% kerana tubuh ini sangat kompleks dan oleh itu diagnosis-diagnosis lain diperlukan untuk menentu-sahkan sesuatu penyakit.

Pengalaman saya dengan bio-elektrik tubuh ini saya tempuh semasa saya membangunkan alat mengukur bio-elektrik ketika pengajian Sarjana (Masters of Engineering – Biomedical) dulu. Isyarat bio-eketrik ini boleh diperolehi dengan cara meletakkan tiga kepingan logam pada tubuh. Tenaga bio-elektrik ini akan mengalir ke kepingan logam ini dan seterusnya merambat melalui wayar dan seterusnya kepada alat yang dibangunkan. Namun begitu, isyarat yang diperolehi di penghujung wayar bukanlah berpunca daripada jantung semata-mata. Isyarat bio-elektrik yang diperolehi termasuk juga daripada kontraksi otot-otot, daripada otak dan pelbagai punca lain yang tidak diketahui. Fokus saya ketika pengajian Sarjana tersebut adalah bio-elektrik daripada jantung. Oleh itu, saya perlu buat penapisan terlebih dahulu agar hanya bio-elektrik jantung sahaja yang saya perolehi. Usaha ini memakan masa yang agak lama. Daripada pengalaman ini, saya faham bahawa bio-elektrik bukan sahaja berpunca daripada jantung, ia juga terhasil daripada proses penghantaran isyarat daripada otak kepada setiap organ tubuh, ia juga terhasil daripada aktiviti organ itu sendiri dan pelbagai lagi.

Isyarat Bio-elektrik yang dapat diukur secara pasif (tanpa rangsangan luar)

Daripada jantung – 1 miliVolt

Pada Otak/Kepala – 60 nanoVolt

Nota: Namun banyak lagi isyarat bio-elektrik yang jauh lebih halus yang hanya boleh diukur apabila diberi stimulus atau rangsangan yang kuat daripada luar secara berulang-ulang kali atau menggunakan kaedah-kaedah khusus lain.

Pandangan saya melihat sebaran bio-elektrik pada tubuh manusia adalah salah satu elemen penting dalam sistem fungsi tubuh. Jika sebarannya adalah tepat dengan kehendak tubuh pada masa yang sepatutnya, maka tubuh itu berfungsi dengan baik. Selain untuk diagnosis, bio-elektrik ini juga boleh dimanipulasikan dan dikembalikan semula kepada tubuh. Kaedah ini boleh dilihat dari segi mengembalikan peranan merawat tubuh kepada sistem tubuh itu sendiri dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Ia dikenali sebagai bio-feedback atau bio-suap-balik.

Atas dasar inilah, alat Ihtazzat Strap-On dihasilkan. Daripada pemerhatian dan pengalaman peribadi saya sendiri, apabila diserahkan proses rawatan itu kepada sistem tubuh itu sendiri, pelbagai masalah kesihatan dapat diatasi. Melihat kepada ini, hati saya tunduk akan kehebatan kejadian manusia yang mana ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui akan hakikat rahsia tubuh manusia.

Email This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.