Mencapai Akses kepada Tenaga Elektrik & Cahaya dalam Kuantum Biologi

Tenaga Elektrik & Cahaya dalam Sel Fungsi

Fungsi-fungsi elektrik dan cahaya dalam sel tidak termasuk dalam sistem diagnosis perubatan konvensional. Kajian tenaga elektrik dan tenaga cahaya dalam sel fungsi sudah lama dikaji dan dimanfaatkan. Walaupun tidak diiktiraf seperti mana bidang biokimia, ianya terus bergerak maju kerana pelbagai manfaat diperoleh melaluinya. Oleh kerana tidak dapat dikesan menggunakan kaedah pengukuran konvensional, seringkali tenaga ini dianggap tidak ada. Tenaga elektrik dan cahaya dalam sel-sel biologi ini jauh lebih halus daripada tenaga yang terhasil daripada tindakbalas biokimia.

Antara persoalan yang menarik adalah apakah cara untuk mengakses kepada tenaga-tenaga ini daripada aspek pengukuran. Lazimnya, tenaga-tenaga ini diukur dengan RASA pada pancaindera manusia itu sendiri. Walaubagaimanapun, kadar kesensitifan RASA adalah berbeza antara individu menjadikan hasil pengukuran dengan cara alami seperti RASA ini suatu perkara yang subjektif. Oleh sebab inilah, pengukuran tenaga sel-sel biologi ini secara ralatnya tertolak dalam perubatan konvensional.

Sistem biologi dikategorikan sebagai sistem yang tidak lelurus (non-linear). Sebuah sistem yang lelurus (linear) adalah suatu keadaan yang mana punca dan kesan adalah berkait secara langsung. Contoh sebuah sistem lelurus adalah : “Jika mentol disambungkan kepada bateri, maka mentol akan menyala”. Berbeza dengan sistem lelurus, sistem biologi adalah sebuah sistem yang teramat kompleks hatta tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh mana-mana doktor pakar pengalaman sekalipun. Namun begitu, tidaklah mustahil bagi manusia untuk mencerap sistem biologi ini dan memperhatikan dan analisis secara statistikal bagi memahami serba sedikit berkenaan apa yang berlaku. Bagi sistem tidak-lelurus ini, perangsang digunakan untuk mencetuskan dan memperkuatkan aktiviti yang hendah diperhatikan lalu respon daripada ransangan tersebut di rekodkan. Ransangan dan respon ini direkod berulang kali dan suatu kelaziman akan dapat diperhatikan daripada data yang banyak ini hasil daripada analisa statistikal.

Untuk mengakses tenaga elektrik dan cahaya yang sangat asas dan seni ini, perlulah menggunakan sensor yang teramat sensitif. Adalah di luar jangkaan, teknologi transistor TUBE kembali digunakan sebagai sensor dan penguat yang ultra-sensitif bagi mengesan aktiviti-aktiviti biologi yang seni ini. Terdapat juga teknologi elektronik yang berupaya mengukur arus jauh lebih kecil daripada mili, mikro, nano, piko. Teknologi ini berupaya mengukur arus sekecil femto ampere. Walaupun apa pun bacaan dan cerapan yang diperolehi, terjemahan terhadap maksud aktiviti tenaga-tenaga ini haruslah dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terlalu taksub dengan teori yang dicipta berdasarkan akal manusia yang terhad. Hakikat sebenar kejadian hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. WALLAHua’lam.

Leave a Comment

Filed under penyelidikan