Home » Home Remedies

Mesin Terapi Gelombang Ihtazzat

Mesin Terapi Jarak Jauh

Mesin Terapi Jarak Jauh

Di sebelah kiri adalah mesin terapi jarak jauh Ihtazzat. Mesin ini dibangunkan sendiri setelah beberapa tahun mengkaji akan keberkesanannya dalam membantu sistem fungsi tubuh. Seperti di dalam gambar, mesin ini terdiri daripada beberapa bahagian. Sepertimana kebanyakan mesin lain, mesin ini mempunyai masukan kuasa 12V arus terus dan hanya memerlukan arus sebanyak 70mA (kuasa yang digunakan hanyalah 0.84 Watt). Ia terletak di bahagian bawah tengah mesin. Di atasnya adalah suis togel untuk menghidupkan mesin ini dan apabila dihidupkan cahaya L.E.D biru akan dinyalakan di atasnya. Butang merah tengah atas pula berfungsi untuk memadamkan atau meneutralkan gelombang yang ditinggalkan setelah satu-satu rawatan dilaksanakan. Tombol kiri bawah adalah untuk menentukan kekuatan gelombang yang akan dipancarkan sementara tombol atas kiri dan kanan pula berfungsi untuk membuat pemilihan frekuensi atau pemilihan penyakit yang akan dirawat menggunakan mesin ini. Sebagai contoh, untuk meningkatkan tenaga seseorang individu tombol atas kiri diputarkan pada skala 9 dan tombol atas kanan diputarkan pada skala 49 (cara bacaannya : 9-49 untuk peningkatan tenaga). Namun mesin ini juga boleh beroperasi secara automatik apabila kedua-dua tombol disetkan pada skala 0-0 (0-0 untuk fungsi automatik). Pada ketika mesin ini berfungsi secara automatik, ia akan membaca gelombang pada sampel dan secara automatik akan menentukan susunan frekuensi rawatan mengikut keutamaan atau keperluan tubuh pesakit.

Bekas bikar bahagian tengah paling atas pula adalah tempat di mana sampel individu diletakkan. Sampel boleh terdiri daripada rambut, darah, nanah atau sebarang bendalir tubuh. Namun begitu sampel yang kerap digunakan adalah air liur dan wap air daripada nafas yang keluar daripada mulut.  Panel hitam sebelah bawah kiri adalah tempat di mana keluarnya gelombang terapi Ihtazzat yang telab diadunkan sesuai mengikut sampel individu. Segelas air boleh diletakkan di atas panel hitam tersebut dan kemudian dibuat minum. Jika tidak ia dibiarkan begitu sahaja supaya gelombang terapi boleh dilaksanakan secara jarak jauh. Dengan kuasa hanya 0.84 Watt, jarak penghantaran gelombang terapi kepada tuan punya sampel boleh sejauh daripada Johor ke Kedah!


Email This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.