Gelombang Jadi Asbab Paramecium Hapus!

Terdapat pelbagai jenis mesin terapi di luar sana. Ada yang menggunakan elektro-statik, ada yang menggunakan elektromagnet berdenyut, ada yang menggunakan medan elektrik, ada yang menggunakan antaramuka minda dan mesin. Bagi pengguna alat antaramuka minda dan mesin, mereka akhirnya tidak perlu menggunakan alat untuk diagnosis dan rawat, hatta mereka boleh gantikannya dengan lukisan mesin yang mewakili mesin yang fizikal. Dengan latarbelakang saintifik, saya lebih cenderung kepada peralatan yang boleh dikaji secara saintifik (experimental) & statistik. Video yang disertakan menunjukkan bagaimana alat yang sama dengan mesin Ihtazzat digunakan untuk menghapuskan mikroorganisma paramecium. Alat ini menggunakan frekuensi hertzian dan ianya adalah tidak sama dengan “rate” yang digunakan oleh mesin lain yang tidak mendapat tempat di kacamata kajian saintifik.

Leave a Comment

Filed under penyelidikan

Batuk Berpanjangan (2 Tahun) Lega Dalam 1 Bulan!

gambar hiasan

Dr H***m adalah seorang graduan PhD yang baru pulang daripada pengajiannya di luar negara. Beberapa bulan  selepas kembali melaporkan diri di tempat kerja, seorang kawannya bercerita tentang kaedah unik saya merawat iaitu dengan menggunakan air liur dan gelombang. Setelah lama berfikir, Dr H***m memberi sampel air liurnya kepada saya bersama-sama sehelai kertas yang mengisahkan sejarah penyakitnya. Beliau memberitahu bahawa sudah dua(2) tahun batuknya berlarutan. Beliau akan batuk selepas mandi dan juga pada waktu malam sehinggakan waktu tidurnya terganggu disebabkan batuknya tersebut. Katanya juga, setiap kali batuk, dadanya rasa bergegar dan rasa yang teramat sakit.

Bukannya beliau tidak pergi berubat, tetapi sudah berulang kali pergi ke hospital/klinik membuat check-up dan rawatan. Daripada tanda-tanda yang beliau alami, dijangkakan beliau ada TB tetapi setelah diperiksa dengan X-Ray dan pelbagai ujian makmal, hasil ujian menunjukkan keputusan yang negatif (tiada apa-apa masalah).


Botol sampel air liurnya dimasukkan ke dalam mesin terapi Ihtazzat, ketiga-tiga tombol diputarkan kepada nilai-nilai khusus daripada buku panduan mesin dan disetkan untuk ‘memancar’ gelombang terapi selama sebulan, setiap hari, selang satu jam, selama satu jam setiap kali pancar. Dalam sejam yang pertama, beliau rasa getaran-getaran halus pada seluruh badannnya dan ini berlaku sepanjang terapi dilakukan. Malam pertama, beliau tidur dengan kualiti tidur yang sudah tidak dialaminya sejak dua(2) tahun yang lalu … lena dan selesa. Batuknya masih ada pada keesokan harinya tetapi sudah tidak rasa sakit. Setiap minggu saya akan minta ‘update” terkini dan setiap kali beliau memberitahu keadaan batuknya semakin lega dan keadaan dirinya semakin baik, tidurnya sudah tidak terganggu.

[Nota: Susah kita nak tahu punca sebenar penyakit hatta walaupun diuji di dalam makmal canggih, namun Allah lebih Mengetahui. Susah juga hendak mencari kaeadah penyembuhan penyakit. Walaupun saya sendiri tidak dapat mengenalpasti apa yang berlaku dalam tubuh pesakit, Allah lebih Mengetahui. Walaupun umumnya, kita hanya tahu di udara ada gelombang radio sahaja, akan tetapi terdapat juga gelombang-gelombang lain yang bersifat biological, SubhanALLAH!]

Leave a Comment

Filed under ikhtiar-penawar

Penyakit Tangan-Kaki-Mulut a.k.a Hand-Foot-Mouth-Disease (HFMD)

Gambar Hiasan

Suatu malam ketika selesai membeli barang-barang keperluan di JJ Taman Universiti, tiba-tiba anak yang sulong, 5 tahun, menangis. Setelah ditanya beberapa kali, katanya mulut dan lidahnya sakit. Minta dia tahan sikit, mana tahu kalau sakit biasa akan reda. Tetapi makin lama, makin sakit. Meronta-ronta dibuatnya menangis kesakitan. Lagipun sudah larut malam, klinik berdekatan sudah tutup. Cubalah tengok kat dalam mulut tu macam mana keadaanya. Keseluruhan lidah penuh dengan biji-biji merah. Penyakit apa pula ini? Panik juga abah n umminya. Dapat ilham, ini mungkin penyakit kaki-tangan-mulut yang memang terkenal di selatan tanah air Malaysia nih! Tanya Uncle GooGle apa tanda-tanda HFMD nih. Apabila dibandingkan, keadaannya serupa! Tetapi sendiri tak boleh sahkan kecuali doktor bertauliah sahaja! Menurut beberapa bahan di internet, penyakit ini tiada ubat ataupun vaksin! Jika ke klinik, pesakit hanya akan diberi ubat tahan sakit dan mungkin juga antibiotik. Jadi, terpulang kepada daya ketahanan atau imuniti tubuh, jika kuat pesakit akan reda dalam tempoh 5 hingga 7 hari. Tidak lama kemudian dapat ilham lagi. Ihtazzat Strap-On membantu mengaktifkan daya pertahanan tubuh! Tangisan anak pertama tadi masih belum berhenti lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30PM. Ihtazzat Strap-On diletakkan di kepalanya. Tak lama selepas itu, tangisan sakitnya makin kuat lagi, bertambah-tambah kuat, lidahnya hanya terjelir keluar menahan kesakitan. Apabila dilihat, biji-biji merah di lidahnya makin banyak dan bertambah besar?! “Macam mana nih, bila guna Ihtazzat makin teruk kah?”, tanya isteri dan juga terlintas di hati sendiri.

Teringat kembali, jika rawatan melibatkan serangan virus, apabila pertahanan tubuh diaktifkan, penyakit akan bertambah kuat. Fenomena ini dikenali sebagai “healing crisis”. Dengan keyakinan atas ilmu yang ada disertakan dengan pengharapan pada Allah, Ihtazzat Strap-On dibiarkan di kepalanya. Sambil-sambil itu, kain basah dilapkan di kepala dan badannya diusap bagi melegakan perasaannya yang meronta-ronta kesakitan. Tangisan sakit berterusan sehinggalah ke jam 1:oo pagi. Tangisannya sudah mula reda dan dia sudah boleh tidur, sesekali terjaga juga kesakitan. Jam 6:00 pagi periksa semula keadaan lidahnya, dapati biji-biji merah sudah diganti dengan lapisan berwarna putih. Pagi tersebut pada jam 8:00 pagi, anak ini sudah ceria dan boleh bermain! Ajaib! Jam 10:00 pagi lapisan putih sudah hilang! AllaHu MasyaAllah. Apa yang berlaku, saya menelefon kawan yang anaknya pernah kena HFMD, mengambil masa 5 hari untuk pulih sepenuhnya, tetapi anak ini pulih sepenuhnya tidak sampai 12 jam.

Apa yang boleh disimpulkan di sini, memang Ihtazzat Strap-On meningkatkan sistem pertahanan tubuh dikala tiada satu ubat pun yang dapat menyelesaikan virus yang menyerang kanak-kanak dan mendapat penyakit HFMD!

Klik untuk Maklumat Pembelian

Leave a Comment

Filed under ikhtiar-penawar

Hamil, Bersalin & Dalam Tempoh Pantang

gambar hiasan

Pengalaman menyambut anak yang ke-4, pada penulis, adalah yang paling dimudahkan ALLAH, dengan izin-Nya. Walaupun anak yang ke-4, tetapi ini adalah kelahiran yang ketiga kerana penulis dikurnia sepasang kembar semasa kelahiran ke-2. Dalam tempoh mengadung ini, penulis dan isteri tidak berapa ingat akan alahan yang dialami isteri, bukan kerana lupa, tetapi kerana isteri hampir-hampir tiada alahan dan tidak perasan ia adalah alahan. Isteri penulis sendiri selalu guna terapi Ihtazzat ini bagi menghadapi masalah-masalah harian. Walaupun begitu pada pengamatan penulis, cukup menggunakan terapi ini untuk satu kali sahaja, keseluruhan tubuh seolah-olah diaktifkan untuk berfungsi sepertimana ia dijadikan olehNya walaupun terapi sudah lama tidak diulang.

Ada beberapa keadaan yang penulis dan isteri tidak jangkakan ialah di mana isteri merasakan kaki kandungan berpusing ke bawah dan menekan bahagian pinggang isteri sehinggakan rasa bagaikan nak buang air kecil dan juga rasa pedih yang amat. Penulis pernah hantar isteri untuk berurut untuk betulkan kedudukan kandungan tetapi kelegaannya hanya sementara. Kandungan akan berpusing lagi  dan isteri akan rasa pedih yang amat sangat. Akhirnya penulis terlintas untuk menggunakan Ihtazzat Strap-On untuk diletakkan di atas perut isteri. Di luar jangkaan penulis dan isteri, tidak sampai lima minit, isteri rasakan bagai kandungan berpusing semula pada kedudukan asal dan rasa pedih hilang begitu sahaja bagaikan tidak ada apa-apa yang pernah berlaku. Peristiwa kandungan berpusing ke bawah masih berlaku lagi tetapi kekerapannya sudah berkurang dan terus berkurang. Setiap kali ia berlaku, Ihtazzat Strap-On diletakkan di atas perut dan kandungan berpusing ke kedudukan asal. SubhanALLAH.

Pengalaman bersalin kali ini juga, pada penulis, merupakan yang mudah. Bagi ibu mengandung yang normal, mereka dapat rasa “contraction” yang sebenar dan tempohnya boleh dicatit dan diperhatikan, makin hampir bersalin, makin kerap dan kuat “contraction”nya. Namun begitu, kedua-dua kelahiran yang lepas adalah agak sukar untuk membeza “contraction” yang benar dan yang palsu, tetapi kali ini, tanda-tanda “contraction” jelas dan mudah dibezakan. Dalam keadaan kesakitan sepertimana ibu-ibu normal yang bersalin, bayi dilahirkan dengan mudah tiada halangan. Alhamdulillah, seorang bayi perempuan disambut dalam keadaan “bersih” dan hanya dibersihkan sedikit sahaja oleh jururawat yang bertugas.  Setelah selesai penulis sempat melihat tekanan darah yang diambil jururawat. Systolic 120, Dystolic 84. Normal. Sangat normal jika dibandingkan dengan ibu-ibu bersalin di zaman ini yang dilanda pelbagai penyakit moden.

Dalam keadaan kekurangan untuk menjaga isteri yang dalam tempoh pantang ibu penulis pula dilanda dengan masalah dan penyakitnya sendiri. Antara perkara yang memerlukan kemahiran dan masa, bagi penulis, adalah menyediakan tungku besi panas untuk mempercepatkan kecut rahim isteri. Dua, tiga kali buat, kain yang dibaluti penulis hangus dan asap memenuhi rumah. Walaupun sudah beberapa hari, isteri masih tak dapat menggunakan tungku besi panas. Akhirnya penulis ikhtiar menggunakan Ihtazzat Strap-On untuk dijadikan “tungku” elektronik. SubhanALLAH. Tidak sampai beberapa minit, isteri rasa rahimnya mengecut dengan kuat sekali, lebih kuat daripada ketika isteri menyusu anak. Oleh kerana kuat sangat tindak balas kecutan rahim, ia digunakan dalam tiga hari sekali. Dalam tempoh menggunakan Ihtazzat Strap-On ini juga, darah keluar dengan konsisten dan tidak tersangkut. Setelah 40 hari, alhamdulilALLAH, dianggarkan, rahim/perut isteri 95% kembali ke saiz asal. Isteri juga memberitahu, luka di laluan bersalin juga tidak mengalami masalah-masalah seperti dua kelahiran sebelum ini. Isteri menggunakan ubat luka hanya beberapa kali sahaja sepanjang tempoh pantang, dan lukanya bercantum dengan cepat sepertimana pengalaman penulis menggunakan terapi Ihtazzat dalam catatan-catatan lain yang berkaitan dengan luka.


Leave a Comment

Filed under ikhtiar-penawar

Tangan Patah Keras, Darah Beku HTZ-006

gambar hiasan

Adik perempuan saya berumur 26 tahun ketika itu. Beliau tinggal bersama-sama ibu saya di Sungai Petani tetapi bekerja di Seberang Perai, Penang. Jauh?! Memang jauh bagi seorang perempuan berulang-alik dengan motosikal setiap hari pada permulaan pekerjaannya sebagai guru bahasa Inggeris dan Matematik di sebuah sekolah pengajian agama di sana. Perkara yang paling merisaukan ibunya adalah keberaniannya menaiki motor seorang diri tak kira waktu. Namun satu hari, adik saya tersebut kemalangan motor juga tetapi bukan dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika hendak pergi makan tengah hari di kawasan sekitar sekolahnya. Hmm, yang dirisaunya lain, yang berlaku kemalangannya di tempat tak disangka pula. Di hospital, doktor telah mengesahkan tangannya patah. Dalam proses pembetulan tulang patah dan rawatan yang berkaitan, adik saya telah mengalami trauma, iaitu takut orang lain menyentak tangannya. Sebulan selepas plaster tangannya dibuka, adik saya enggan untuk membuat physiotherapy walaupun doktor sangat mengesyorkan untuk berbuat demikian. Physiotherapy dilakukan  bagi melembutkan tangan dan mengembalikan pergerakan asal tangan. Dua bulan selepas itu, saya balik ke kampung dan melihat keadaan dia. Saya mendapati tangannya semakin keras, susah untuk  menggenggam. Tambahan pula, tangannya yang patah itu berwarna keunguan kelihatan seperti darah beku. Saya bertanyakan keadaannya. Katanya, ketika waktu hujan atau suhu sejuk, tangannya akan berasa sangat ngilu dan dia akan berasa sangat sakit. Tangannya rasa susah untuk digenggam dan pergerakannya ala-ala robot.

DAPATKAN ANALISIS & RAWATAN IHTAZZAT QUANTUM. KLIK SINI!

Melihat keadaan tersebut, saya menawarkan terapi jarak jauh Ihtazzat. Adik saya setuju. Sampel darah diambil daripada jari tangannya yang patah itu dengan menggunakan lancet dan mata jarum steril. Ianya dimasukkan ke dalam mesin terapi Ihtazzat dan terus dihidupkan. Dalam tempoh sepuluh hingga limabelas minit, adik saya rasa pergerakan halus bermula daripada hujung jari hingga ke sikunya. Katanya, pergerakan tersebut bagaikan pencairan darah yang beku di tangannya. Alhaamdulillah, selepas habis pergerakan tersebut, adik saya mendapati tangannya lembut dan boleh menggenggamnya tanpa rasa sakit. Dia juga mengilas-ngilas tangannya sendiri tetapi sudah boleh dan tidak sakit. Pada keesokan hari, saya mendapati warna tangannya sudah normal dan tidak kelihatan kebiruan atau keunguan lagi. Tangannya cepat pulih walaupun tidak pergi membuat physiotherapy.

[Nota: Ihtazzat menggalakkan tubuh untuk melaksanakan fungsi asalnya. Penulis mendapati konsep resonan sangat membantu khasnya dalam mengaktifkan sistem tubuh yang susah & lembap berfungsi akibat berlakunya ketidakseimbangan sistem tubuh]

Leave a Comment

Filed under ikhtiar-penawar