Dengan teknologi terkini, saintis kini boleh menyelami dan mengkaji pelbagai fenomena alam (luarbiasa) yang sebelum ini tidak dapat diterima masyarakat umum. Antara penemuan terkini yang Ihtazzat kongsikan kini adalah penemuan mekanisma yang berlaku di sebalik fenomena rawatan jarak jauh. Seringkali di dalam masyarakat kita, apabila berlaku sesuatu perkara yang luarbiasa, maka kita kaitkan dengan alam mistik atau alam jin. Namun, Kehebatan ALLAH adalah jauh lebih luas daripada apa yang telah disampaikan pada kita, supaya kita insan menjadi manusia yang berfikir dan berzikir dan juga sentiasa mencari-cari akan Kekuasaan ALLAH SWT. Kini, para saintis telah melakukan eksperimen berulang-ulang kali dan akhirnya mengesahkan fenomena ajaib aktiviti jarak jauh yang dinamakan Quantum Entanglement atau Kuantum Terangkai. Lahaulawala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim.
Daripada video dibawah: Dua elemen yang dijadikan bersama-sama, dipisahkan sejauh-jauhnya. Apabila sesuatu dibuatkan pada salah satu elemen tersebut, elemen satu lagi akan bertindakbalas juga dengan segera. Sama ada, isyaratnya bergerak dengan sangat laju ataupun kedua-dua terangkai sebagai satu. Secara realiti kedua-dua elemen tersebut masih terhubung. Ruang adalah struktur yang memberi ilusi bahawa dua elemen tersebut adalah dua objek berasingan.