Sains & Teknologi VS Kerohanian @ Kesinambungan Kedua2nya?

Gambar Hiasan

Di zaman era sains & teknologi ini, kita dihidangkan dengan pelbagai kecanggihan ‘ciptaan’ manusia. Tidak kurang juga pelbagai penemuan baru yang jauh lebih baik daripada teknologi yang sebelumnya. Ini juga berlaku dalam bidang bioperubatan. Suatu masa dahulu, kita sibuk bercerita tentang pelbagai pil-pil. 1001 pil untuk pelbagai guna boleh didapati, malah saya sendiri pernah baca suatu usaha untuk menggantikan makanan harian kita dengan pil sahaja, jadi mudahlah nak bawa ke mana-mana, tak perlu masak. Kalau lapar, pilih hendak pil lauk apa, pilih pil nasi dan kemam ksemuanya. Begitulah bunyinya. Di suatu masa sebelum era pil2 ini pula, kita mungkin pernah dengar tentang kesibukan manusia mengkaji pelbagai herba pula. Ada herba untuk kekuatan kelakian, kecantikan wanita. Ada herba yang boleh merawat pelbagai penyakit dan ada yang untuk penyakit khusus. Sehinggakan ada rumah-rumah yang berhiaskan tanaman herba indah menghijau.

(… sambungan)

Pelbagai lagi hendak saya kisahkan tentang kaedah perubatan dalam dunia ini yang tidak terkira, akupuntur, homepathy, cara ganas (org Barat) dan yang terbit secara sampingan daripada amalan-alaman kesufian. Walaupun apa pun kaedahnya, setakat pemerhatian saya yang cetek ini, tiada yang apa yang menyembuhkan melainkan ALLAH jua. Maka teruskanlah mencari untuk mengenal diri dan dengan izinNya jua kita dapat mengenaliNya. Perawatan hati sendiri itu sebaik-baik kaedah rawatan. Keluarlah mencari guru mursyid yang akan membimbing kerohanian kita. Sains & Teknologi hanyalah sebagai alat. Kerohanian yang mantap akan tunduk akan hakikat Allah jua yang menyembuhkan.

Leave a Comment

Filed under penyelidikan